Selepas membuat ciapan palsu mendakwa kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantiks sebagai Perdana Menteri sementara, dua portal meminta maaf atas kesilapan dilakukan mereka.
Dua portal tersebut yang pro kepada Anwar dan satu lagi dimiliki oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengeluarkan ciapan dalam akaun Twitter mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai PM sementara.
Portal The Vibes dan Free Malaysia Today dalam ciapan kemudiaannya mengeluarkan permohonan maaf atas kesilapan yang dilakukan selepas tular tangkap layar ciapan tersebut dalam media sosial.
Untuk rekod, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar sebentar tadi di jemput ke Istana Negara oleh Agong bagi membincangkan berhubung isu pembentukan kerajaan dan pelantikan jawatan PM ke-10.
Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak Istana Negara berhubung siapa yang bakal dilantik sebagai PM ke-10.
Sumber: Agenda Daily