Umum

PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM

Perikatan Nasional (PN) mendakwa menerima satu lagi Surat Akuan Berkanun (SD) daripada seorang Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan sokongan kepadaTan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 10.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tambahan SD baharu itu telah dihantar ke Istana Negara pagi ini.

Petang semalam, Hamzah memberitahu PN telah mengemukakan lebih 112 SD ke Istana Negara.

Semalam Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan lanjutan tempoh penyerahan akuan berkanun dan nama calon Perdana Menteri ke-10 sehingga jam 2 petang hari ini selepas menerima permohonan ketua parti-parti politik.

Justeru, situasi semasa itu menyebabkan banyak pihak masih mencongak gabungan parti mana yang boleh membentuk Kerajaan.

Selepas PRU-15, Sabtu lalu Parlimen masih tergantung susulan tiada gabungan yang memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan PN menang 73 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan menang 82 kerusi dan BN menang 30 kerusi.

Sumber: Agenda Daily

PALING POPULAR

To Top