Buletin

eBelia: Cara Tebus Kredit eWallet RM150 

Program eBelia merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai Kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM300 juta di bawah pakej bantuan kewangan Pemerkasa. 

Inisiatif ini diberikan kepada 2 juta belia dan pelajar Malaysia yang berusia 18 hingga 20 tahun di seluruh negara. 

Mereka boleh menebus eBelia bernilai RM150 ini di empat platform e-Wallet iaitu Touch n ‘Go, Boost, ShopeePay dan BigPay. 

Cara untuk menebus eWallet RM150: 

  1. Muat turun (download) salah satu dari empat perkhidmatan e-Wallet.
  2. Daftar dan isikan maklumat diri
  3. Sahkan pendaftaran
  4. Tebus kredit eBelia RM150 bermula 1 Jun 2021 hingga 22 Julai. 
  5. Setelah berjaya, ia akan terus dikreditkan ke e-Wallet anda.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top