Selebriti

“Rakyat Terlalu Manja” – Michael Ang

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 3.0 dilaksanakan dengan menyaksikan banyak sektor ekonomi ditutup. Pelaksanaan ini dijalankan setelah pihak Kerajaan melihat peningkatan kes Covid-19 yang semakin hari meningkat hari demi hari.

Fasa pertama yang mencabar bagi seluruh rakyat Malayia!

Penerbit terkenal, Michael Ang sering tampil dengan video luahan di Instagram miliknya mengenai Covid-19 ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Terpanggil untuk bertanya kan tentang isu ini, Michael Ang telah menyifatkan bahawa rakyat Malaysia ini “Terlalu manja”

Michael Ang juga mengatakan yang rakyat Malaysia ini selfish, dan tak faham sama ada mereka ini kebal dengan virus ataupun langsung tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi sekarang ini. Padahal mereka lihat dan dengar peningkatan kes hari demi hari, sehingga langgar SOP dan dah kata tak boleh beraya tapi masih pergi juga sehingga terjadinya peningkatan kes hari ini.

Bertanyakan kepada Michael sama ada patut kerajaan beri kelongaran kepada rakyat sekiranya kes berkurang, beliau mengatakan “Dia merayu untuk kerajaan tidak membuka mana-mana border, sehinggalah betul Malaysia ini bebas dari Covid-19”.

Bila bercerita tentang anti-vaksin, Michael berkata “Sebenarnya mereka ini bukan tidak percaya akan vaksin tapi mereka hanya ingin menjatuhkan kerajaan dan bermain dengan politik sahaja, suka tengok kerajaan jatuh dan buat #Kerajaangagal untuk nampak korang lagi dapat banyak sokongan”

Selain itu, Michael juga berkata “Bagi yang nak ambil vaksin itu teruskan sahaja! Jangan dengar mereka ini, kesan selepas mengambil vaksin itu memang ada namun ia tidak memudaratkan’.

Dia juga berkata “Mati itu pasti, semuanya ditangan Allah swt… ajal itu semua ditangan allah. Jangan dengar dakyah-dakyah mereka ini”

Dia juga merayu untuk rakyat Malaysia “Ambillah vaksin ini!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

 

Bila di tanyakan sama ada dia sudah mengambil vaksin dan dia mengatakan sudah mengambilnya tanpa ada alahan.

Beliau juga beharap agar ‘total lockdown’ kali ini berkesan kepada semua. Bukan bila ‘lockdown’ je mereka ini bising kata itulah inilah, padahal bila kes makin meningkat kerajaan masih tidak membuat ‘lockdown’ mereka ini memekak…

Dia menyifatkan rakyat Malaysia ini terlalu manja! Sebab kerajaan bagi mereka pelbagai ketika PKP yang lalu, shopping tak ingat dunia, beli emas dan sebagainya tanpa terfikir masa akan datang.

Sambung beliau “lepastu menyalahkan kerajaan, bila kerajaan tak nak ‘lockdown’ suruh buat bila dah buat banyak pula alasan mereka beri, kerajaan bagi bantuan kata tak cukup”

Dia juga menanyakan “Apa yang rakyat nak sebenarnya? Nak suruh Kerajaan suap mereka ini tiga kali sehari makan ke baru puas hati”

Selain itu, dia mencadangkan kepada seiapa yang berkampuan itu bantulah mereka yang dalam kesusahan ini, insha’allah rezeki Allah swt itu luas untuk semua.

Dia juga berkata “mereka ini harus hargai apa yang kerajaan telah memberi, Kerajaan pun rasanya sekarang sudah nyawa-nyawa ikan kerana telah banyak Kerajaan suap ketika PKP ini. Kita sebagai rakyat patut bantu Kerajaan pula untuk membasmi Covid-19 ini dan supaya kita juga kerajaan dapat bangunkan balik ekonomi negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) 

 

“Sekarang semua terpulang kepada rakyat untuk bantu Kerajaan bangunkan ekonomi ini dan mengharap untuk mereka mematuhi segala SOP dan tindakkan kerajaan sekarang ini.

Dan mengatakan mana-mana rakyat yang degil itu, “Jangan kompan mereka sebab mereka boleh bayar tapi hantarlah ke penjara sungai buloh ataupun pusat covid sendiri untuk merasai keadaan sebenar”

 

PALING POPULAR

To Top