Umum

Faisal Halim menang gol terbaik Piala Asia

Gambar Sinar Harian

Pemain bola sepak negara, Faisal Halim berjaya memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar apabila mendahului pesaing lain dalam undian pada awal pagi Isnin.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menyenaraikan gol Faisal ketika perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan di Stadium AlJanoub bersama 7 lagi gol untuk diundi sebagai gol terbaik kejohanan bola sepak tertinggi Asia itu.

Sehubungan itu, Faisal berjaya memperolehi undian sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya 9 peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (3 peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (1 peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (1 peratus).

Bagaimanapun, 3 gol lagi iaitu daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) tidak menerima sebarang undian.

Terdahulu, AFC telah menilai gol tersebut sebagai satu keajaiban yang berlaku di pentas AFC dengan gayanya yang penuh sensasi.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top