Business

Food & Drinks Malaysia kembali dengan lebih 1000 jenama F&B, 2 – 4 Julai 2024 di MITEC

FDM2024

Sebagai peneraju ekspo perdagangan makanan dan minuman, Food & Drinks Malaysia by SIAL 2024 (FDM2024) bakal mempamerkan lebih 1000 trend, innovasi dan citarasa industri.

Bermula 2 hingga 4 Julai 2024, Malaysian International Trade & Exhibition Centre (MITEC) di Kuala Lumpur akan berubah menjadi hab aktiviti yang mengundang peminat makanan, pemain industri dan pempamer dari seluruh dunia, dengan lebih 300 pempamer, meliputi keluasan 12,000 kaki persegi, lebih 300 pembeli bersama 10,000 pelawat dagang.

Antara acara kemuncak FDM2024 adalah edisi ketiga Global Culinary Challenge Malaysia (GCCM), yang dianjurkan bersama GCCM.

Pertandingan kulinari ini menghimpunkan lebih 400 chef dari Malaysia dan lain lagi untuk mempamerkan bakat dan kreativiti dalam pelbagai kategori.

Acara kemuncak seterusnya adalah FDM2024 Hala Forum, acara premier khusus yang meneliti lanskap dinamik industri Halal. FDM2024 merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi peneraju industri, golongan profesional serta peminat industri untuk berkolaborasi dan mendapat ilham yang tidak ternilai dalam dunia Halal.

 

Future Food Frontier International Conference 2024 & The Spark Kuala Lumpur menerokai innovasi yang membentuk masa depan makanan dan pertanian, dari pertanian mampan ke teknologi baru. Bersedia untuk menikmati rasa innovasi di acara yang tidak boleh dilepaskan di Malaysia ini!

Berminat untuk mengunjungi FDM2024?

Claim your FREE Entrance Pass for 3 Days!

<REGISTER HERE>

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web FDM2024 di www.fooddrinksmalaysia.com

 

 

PALING POPULAR

To Top