Umum

Ganti kereta lama, Kerajaan Negeri Sembilan membeli 16 buah Toyota Camry baharu

Gambar Facebook

Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat pembelian sebanyak 16 kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri, setelah menggunakan kereta sedia ada selama 5 tahun.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pembelian kereta jenis Toyota Camry yang bernilai kira-kira RM206,000 seunit itu, menggantikan kereta jenis Honda Accord yang digunakan sejak 2019.

“Ia sekarang dalam proses dan sebahagian daripada kereta itu sudah sampai. Sebelum ini, Honda Accord lebih lima tahun digunakan, memang lepas lima tahun kena tukar kalau tidak penyelenggaraan tinggi kita tak mampu bayar.

“Bagi kereta lama, exco (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) boleh memohon untuk mendapatkannya dan ada bayaran dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco hari Rabu.

Kereta rasmi baharu itu juga melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

 

PALING POPULAR

To Top