Buletin

Hishammuddin disahkan positif COVID-19

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan pejabat kementerian tersebut pada Selasa.

Tambah kenyataan itu lagi, Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022.

“Beliau akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” ujar kenyataan itu lagi.

PALING POPULAR

To Top