Umum

Hospital bersalin, kanak-kanak Ukraine terkena serangan Rusia

Satu serangan udara tentera Rusia mengenai sebuah hospital kanak-kanak dan bersalin di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kakitangan pusat perubatan itu cedera pada Rabu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy turut menyiarkan rakaman video di Twitter yang menunjukkan kemusnahan besar-besaran di hospital itu termasuk tingkap pecah dan dinding dalaman tercabut yang menurutnya disebabkan oleh serangan langsung tentera Rusia.

Beliau berkata, ekoran serangan itu, terdapat orang dewasa dan kanak-kanak terperangkap di bawah serpihan bangunan.

“Setakat ini terdapat 17 kakitangan hospital yang cedera,” kata Ketua Wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko dalam video yang disiarkan di Facebook.

“Setakat ini tiada kanak-kanak cedera dan tiada kematian,” tambahnya.

Serangan itu berlaku ketika terdapat wanita yang sedang bersalin di hospital yang baharu diubah suai, kata pihak pentadbiran tentera wilayah Donetsk.

*Berita asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top