Buletin

Hutan Di Pulau Jeju Dinamakan G-Dragon

Ini beruntungnya bila bergelar selebriti terkenal. Salah seorang anggota kumpulan BIGBANG antara selebriti Korea paling bertuah apabila sebuah hutan di Pulau Jeju dinamakan G-Dragon.

Hutan yang ditanam dengan pokok sitrus itu akan dibuka pada ulang tahun kelahiran penyanyi itu pada 18 Ogos depan.

Hasil daripada pokok di hutan berkenaan bakal didermakan kepada badan amal. Selain itu, pelbagai acara sosial seperti memetik buah juga bakal diadakan di hutan tersebut.

Hutan itu adalah yang kedua menggunakan namanya selepas sebuah hutan di Yeouido, Seoul, turut dinamakan sempena namanya pada 2014.

Setakat ini, hutan berkenaan ditanam dengan 50 pokok sitrus hasil usaha bersama persatuan Always-GD dan Tree Planet.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top