Umum

ID Khas akan diperlukan untuk beli minyak masak peket

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meyatakan hasrat untuk melaksanakan penggunaan mekanisme pengenalan diri (ID) sebagai kaedah pembelian minyak masak peket pada tahun depan seperti dirancang.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menyatakan melalui hantaran di laman Facebook miliknya, hanya golongan B40, M40 lower half dan Peniaga Mikro yang selama ini tidak termasuk di dalam cara sedia ada layak menerima subsidi bersasar.

Menjawab persoalan ditanya ramai sebab tidak digunakan IC atau MySejahtera, beliau berkata, ini kerana keperluan dua kumpulan tersebut tidak sama.

“Jika kita hadkan pembelian kepada 3 atau 5 kilogram, peniaga akan bermasalah. Selain itu golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak peket. Maka perlu kepada ID yang berbeza,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Fuziah berkata sekiranya memudahkan dengan link kpd MyKad kita boleh pertimbangkan. Berkenaan dengan Peniaga micro kita perlu bincang lagi sbb mereka tak semua berdaftar

“Pada ketika ini kerajaan keluarkan 60 juta peket minyak masak bersubsidi setiap bulan, akan tetapi aduan diterima ialah ia tidak boleh didapati di pasaran dan selalu habis,” jelas beliau.

 

 

 

PALING POPULAR

To Top