Selebriti

“Ika kesian dengan anak-anak dia” pulanglah Sajat demi anak-anak!

Sehingga hari ini usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih gagal dijejaki oleh pihak berkuasa walaupun masih aktif berkongsi gambar di Instagram.

Ketika kehilangannya menjadi satu tanda tanya, adiknya Mustika menarik perhatian ramai dengan video parodi Sajat yang tular di aplikasi TikTok.

Memetik tembubual bersama pihak mStar,  Nur Mustika Kamaruzzaman berkata

“Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajat famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa”.

Dalam pada itu, apabila disoal tentang kedudukan abangnya yang masih menjadi misteri, Mustika mengakui bahawa dia sendiri tidak mengetahui perihal Sajat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita tentang keadaan anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi, Mustika meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan yang sudah lama tidak bertemu dengan Sajat.

“Ika kesian dengan anak-anak dia. Disebabkan muka Ika macam dia, anak dia tengok je Ika tau. Lama dah tak jumpa Sajat. Terhuyung-hayang dia, dengan siapa dia nak bermanja?” luahnya penuh emosi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mustika (@must1ka88)

Kesian anak-anak Sajat, harap Sajat dapat balik demi anak-anak.

PALING POPULAR

To Top