Umum

Jam Rolex yang dibida RM135,000 telah diserahkan ke pemilik baharunya

Gambar FB Datuk Dr Zulfikli Al-Bakri

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan penyerahan jam Rolex yang dibuka untuk bidaan tempoh hari telah selesai.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya, beliau berkata “Alhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharunya.”

Bidaan yang mencecah nilai RM135,000 itu dibuat 7 minit sebelum masa tutup oleh seorang “Hamba Allah” daripada Pasir Gudang, Johor.

Dalam hantaran yang sama, Zulkifli mendedahkan beliau bertanya kepada pembida itu “Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam?”

“Pembida itu sebak dan kemudiannya menangis sambil menjawab kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya (milik Zulkifli semasa menjadi Mufti Wilayah Perseketuan), dan demi Palestin,” katanya

Bekas Menteri iti juga menyatakan beliau akan berlepas ke Abu Dhabi untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar. Saya akan singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sendiri RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia.

“Oleh kerana dekat dengan Jordan, saya akan ziarah (singgah) dan terus buat serahan di sana. Kita akan serah secepat mungkin, tak simpan,” kata Zulkifli dalam siaran media menerusi live di Facebooknya.

Baki RM35,000 akan diserahkan bermula esok kepada 8 NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction.

Saya sayang jam ini tetapi saya lebih sayang saudara kita di Palestin. Semoga ini menjadi sejuzuk kecil saksi pengorbanan kecil kami untuk Palestin.

Di akhir siaran langsung itu, Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada semua terutama rakyat Malaysia yang menyokong usahanya dan tunjukkan solidariti luar biasa.

Zulkifli turut menghargai pemimpin dan semua pihak kerana begitu tegas dalam isu Palestin yang perlu diberi perhatian.

“Terima kasih juga kepada pemberita sama ada televisyen atau akhbar atau media sosial bahkan netizen yang cukup banyak beri ulasan (berkaitan Palestin).

PALING POPULAR

To Top