Umum

“Jangan fitnah! Saya serahkan duit baki” – Muhyiddin

Tular sejak semalam susulan gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin menghulurkan wang kepada seorang individu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan cubaan merasuah pengundi di Melaka.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menjelaskan bahawa beliau sebenarnya sedang memulangkan baki wang kepada seorang lelaki yang membeli barangan dalam Program Gerai Prihatin Rakyat pada Sabtu.

“Tak ada, saya duduk dengan Mohd Rafiq. Mereka (pembeli) ini nak (beli barang). Dia bagi RM20, satu barang tu RM15, jadi saya serah (baki) kepada dia.

“Saya dah agak, mesti ada orang niat jahat kata tengok Tan Sri Muhyiddin bagi rasuah.

“Tak ada, itu niat baik, itu duit baki. Kalau mereka nak beli tiga barang RM45, pulang balik RM5.
“Takkan saya sebodoh itu,” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Gerai Prihatin Rakyat digunakan sebagai medium berkempen, jelas Muhyiddin.

“Sewajarnya mungkin sebab mereka iri hati, kalau ada pun mereka iri hati dengan Datuk Mohd Rafiq yang mulakan, bukan baharu, dah enam bulan berlangsung dan masih berterusan.

“Ini perkara amat saya hargai kerana mereka teruskan usaha pihak kerajaan beri bantuan kepada ramai orang Melaka memerlukan bantuan barangan lebih berpatutan harga sederhana diberikan kemudahan.

“Jadi saya fikir tidak ada salah. Yang penting mereka hargai usaha sebegini untuk menolong rakyat.
“Apa kerajaan buat, parti kita buat, itu langkah sewajarnya langkah harus dihargai semua pihak,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin dalam programnya di Negeri Melaka hadir di beberapa Program Gerai Prihatin Rakyat.

PALING POPULAR

To Top