Selebriti

Jijik ‘Paid Review’ Guna aksi tak Senonoh, Zara Zya di Kecam!

Tindakan  Zara Zya berkongsi video review produk memaparkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan perbuatan yang tidak sopan dan kapsyen berbaur lucah mengundang kecaman dan rasa kurang senang netizen.

Video yang berdurasi selama 11 saat ini, telah mencapai hampir 800 ribu tontonan dan 2000 komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)

Kelihatan netizen sangat kesal dengan tindakan pelakon Love You Mr Arrogant itu kerana tidak sensitif dengan lapisan umur para pengikut akaun media sosialnya.

Kata mereka iklan sebegitu tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dan seakan tidak percaya Zara sanggup mempromosikan produk sebegini kerana dia berpenampilan bertudung litup.

Sehingga ke hari ini, video itu masih belum diturunkan walaupun mendapat kecaman hebat.

 

PALING POPULAR

To Top