Umum

Jika bertembung dengan UMNO, PAS akan berpihak kepada PN – Hadi Awang

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menyuarakan ketegasan bahawa parti itu akan menyokong calon Perikatan Nasional (PN) sekiranya berlaku pertembungan dengan calon Umno dan PN dalam PRN Melaka.

“Strategi PAS pusat yang buat keputusan dan keputusan dibuat kita akan pakai logo PN.

“Kita akan undi PN lah. Pakai simbol sama. Kita tengok Umno pakai simbol apa,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media sempena Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata PAS berpendirian PN akan bertanding di semua kerusi di Melaka.

“Pendirian kita PN akan tanding semua, terpulang kepada Umno dia nak ikut PN atau nak bertanding sendiri. Kita tengok nama calon nanti.

“Amanatnya kita (kepada ahli) mendukung PN, dan PAS telah bersetuju akan bersama PN dalam pertandingan ini,” ujarnya.

Pagi ini BN mengumumkan senarai calonnya di kesemua 28 kerusi DUN di Melaka. Umno akan bertanding di 20 kerusi, MCA dengan tujuh kerusi dan MIC dengan satu kerusi.

PALING POPULAR

To Top