Buletin

Jokowi berbasikal buluh bersama PM Australia

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese menunggang basikal buluh bersama ketika mengadakan perbincangan untuk mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan kerjasama antarabangsa.

“Di bawah cuaca Bogor yang redup, saya dan PM Anthony Albanese berbasikal dari Pejabat Presiden pada sebelah pagi ke Resto Raasaa di Taman Botani Bogor.

“Basikal yang kami gunakan ialah basikal buluh oleh Singgih S. Kartono dari Temanggung, Jawa Tengah, yang direka untuk digunakan di lebuh raya,” kata Jokowi menerusi Twitter.

Albanese tiba di Jakarta pada Ahad untuk memulakan lawatan tiga hari ke Indonesia selepas menyatakan hasratnya untuk mengeratkan kerjasama antara kedua-dua negara.

Lawatan itu adalah lawatan dua hala pertamanya sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-31 Australia pada 23 Mei lalu.

PALING POPULAR

To Top