Umum

JPJ teruskan taktik penyamaran dalam bas ekspres

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor meneruskan taktik penyamaran sebagai penumpang bas ekspres pada musim perayaan kali ini.

Taktik itu dilihat berkesan bagi memastikan pemandu bas ekspres mematuhi peraturan jalan raya.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, empat pasukan akan digerakkan setiap hari secara rawak.

“Penyamaran sebagai penumpang bas bagi memastikan pemandu bas ekspres mematuhi oeraturan ditetapkan.

“Ada empat pasukan yang kita gerakkan pada setiap hari. Dua di JB dan dua di Muar bagi memastikan pengguna kenderaan perkhidmatan awam ini mematuhi undang-undang yg ditetapkan JPJ,” katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Op Bersepadu Hari Raya di plaza tol Skudai, Johor.

Selain penyamaran itu, Azmil berkata pihaknya turut menjalankan pemeriksaan di lapan depoh bas utama seluruh Johor sebelum memulakan operasi.

Pihaknya turut memberi fokus pemeriksaan rutin sepanjang tempoh Op Khas Hari Raya Aidilfitri terhadap dua terminal bas iaitu di Larkin Sentral dan Bentayan, Muar.

Dalam operasi pada Isnin malam, JPJ Johor mengeluarkan 169 notis kesalahan dan 141 saman.

Operasi yang berlangsung empat jam itu turut memeriksa 327 kenderaan dengan 132 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Antaranya tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada pemandu kedua bagi bas, tiada lesen GDL, ubah suai kenderaan, kesalahan numbor pendaftaran kenderaan dan pelbagai lagi.

PALING POPULAR

To Top