Rasanya di Korea Selatan susah nak jumpa wanita tanpa mekap. Hampir 90% dari mereka mengenakan mekap.
Namun, sebuah kafe di sana melakukan promosi tidak masuk akal apabila menawarkan diskaun 20 peratus kepada pelajar perempuan yang tidak mengenakan solekan.
Selain itu, diskaun tambahan 30 peratus akan diberikan untuk harga makanan dan minuman sekiranya pelajar terbabit memakai skirt yang lebih panjang sekurang-kurangnya pada paras lutut.
Bagi pelajar yang memakai seluar panjang pula, ia perlu berukuran kira-kira 10cm bawah lutut.
Diskaun itu diperkenalkan dengan matlamat untuk menukar pemikiran masyarakat dengan tema `Berharap Anda Pakai Sesuatu Yang Lebih Panjang’.
Bagaimanapun nama kafe tersebut tidak pula didedahkan oleh media sosial.