Buletin

Doktor Temui 27 Kanta Lekap Pada Mata Wanita Ini

Kalau anda memakai kanta lekap, jangan jadi seperti wanita ini. Pada awalnya, wanita ini sangka rasa tidak selesa pada mata adalah disebabkan oleh faktor usia, tapi rupanya disebabkan kanta lekap yang berlapis.

Menurut laporan Dailymail, kejadian itu dilaporkan berlaku di Hospital Solihull, United Kingdom.

Doktor pakar yang mengendalikan kes tersebut berkata, pada awalnya hanya menemui 17 lapisan kanta lekap yang dikatakna menjadi punca keradangan pada mata wanita berusia 67 tahun itu.

Namun, selepas pemeriksaan, 10 lagi kanta lekap ditemui pada mata berkenaan menjadikan 27 kanta lekap pada wanita wanita tersebut.

Laporan turut menyebut, wanita tersebut telah menggunakan kanta lekap lebih 35 tahun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top