Buletin

KAJIAN: Wanita Lebih Cenderung Minta Cerai

Kajian terbaru mendedahkan, wanita dua kali ganda lebih cenderung memohon perceraian berbanding lelaki selain lebih terbuka menceritakan masalah rumah tangga di laman sosial.

Kajian yang dilakukan oleh Prof William J Doherty dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat memberitahu, kedua-dua situasi itu membuatkan masalah perceraian di seluruh dunia semakin meningkat.

Tambahnya lagi, isu perceraian kini dianggap perkara biasa dan bukan lagi sesuatu perkara yang memalukan.

Kebanyakan menjadikan pasangan atau suami sebagai satu ‘aksesori’ untuk membahagiakan mereka. Jika mereka gagal menemui kebahagiaan dalam rumah tangga, wanita lebih mudah meminta cerai daripada pasangannya.

Secara purata data perceraian di Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada 577 pasangan memilih untuk bercerai berbanding untuk berbaik semula manakala hanya 12 peratus yang ingin atau mungkin berbaik semula.

7 punca perceraian semakin meningkat

1. Terlalu terdedah dengan media sosial
2. Kurang komunikasi dalam keluarga
3. Sikap yang pelbagai
4. Tidak berupaya mengendalikan konflik
5. Generasi muda cepat mengalah
6. Boleh berdikari sendiri tanpa pasangan
7. Mental dan masalah dadah

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top