Umum

Kanak-kanak usia 8 tahun dipanah petir melecur hampir seleruh badan

Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun mengalami kecederaan dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan selepas dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, dalam kejadian jam 7 malam itu, Muhamad Azizul Jaafar bersama ibunya, Nor Lelawati Abu Bakar, 39, sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah dari rumah jiran.

“Kejadian berlaku ketika hujan. Ibunya keluar dari rumah untuk mengambil kanak-kanak lelaki ini di rumah jiran,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ibu mangsa ridak memgalami seberang kecedaeraan dan mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

PALING POPULAR

To Top