Umum

Ke mana Muhyiddin Yassin belanjakan belanjakan duit negara 600b?

Mula-mula RM500 bilion.

Lepas tu naik RM600 bilion.

Terbaru naik RM620 bilion.

1. Jika RM600 bilion itu merujuk kepada apa yang diucapkan oleh Muhyiddin [1], pecahannya merangkumi,

i.  RM322 bilion untuk bajet 2021.

ii. RM340 bilion untuk 6 pakej RANGSANGAN yang terdiri daripada,

  Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), RM250 bilion,

– PRIHATIN PKS+, RM10 bilion;

– Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) RM35 bilion,

– Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN),RM10 bilion,

– Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) RM15 bilion;

– Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) RM20 bilion

2. Keseluruhan pakej RANGSANGAN juga tidak berhenti di situ kerana ada baki 2 lagi pakej mencukupkan 8 pakej iaitu,

– PEMERKASA Tambahan RM40 bilion,

– Pakej Perlindungan Rakyat Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM150 bilion.

Menjadikan jumlah keseluruhan Pakej RANGSANGAN ketika PKP dan Pandemik kepada RM530 bilion. [2]

3. Bagi yang bertanya mana laporan, audit dan sebagainya, laporan Perbelanjaan bagi belanjawan 2020 boleh di dapati di dokumen² dapatan awam seperti,

-ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2020 [3]

– Seksyen 3 : Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan – Belanjawan 2021 [4]

Serta boleh dirujuk silang dengan Penyata kewangan yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN)

– PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN SERTA PENGAUDITAN PEMATUHAN KEMENTERIAN DAN JABATAN PERSEKUTUAN TAHUN 2020 [5]

4. Manakala bagi pakej RANGSANGAN, kena tahu bahawa ada,

i. Laporan secara berkala yang dipanggil sebagai LAPORAN LAKSANA yang dispearhead oleh Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan di zaman Muhyddin dan Ismail Sabri, juga calon UMNO dan BN.

ii. Ada 105 laporan yang dikenali sebagai Laporan Kewangan Rakyat yang dilakukan secara berkala oleh Tengku Zafrul sehingga bulan Ogos 2022. Juga di public domain MOF.

5. Juga lebih penting untuk kita tahu dan akui bahawa, dari keseluruhan RM530 bilion yang diperuntukkan, kurang dari 16% adalah suntikan fiskal terus dari kerajaan. Lebih 84% adalah melalui polisi moneteri iaitu,[6]

i. Pengeluaran KWSP i-Lestari, i-Sinar, i-Citra – RM145 bilion [7]

ii. Pengurangan pembayaran KWSP-

RM10 bilion [7]

iii. Blanket Moratorium individual, syarikat -RM200 bilion [8]

iv. Jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat – RM80 bilion [8]

4 item diatas saja dekat RM435 bilion duit yang kerajaan tak keluar atau belum keluar lagi.

6. Maka benda yang betul-betul anda perlu push untuk diaudit untuk nampak bijak sikit bukanlah angka RM600/620 bilion, tetapi adalah

i. Direct fiskal injection cuma berjumlah RM81.8 bilion. Dan harus diingat, jika nak bawak naratif ini, harapnya tidak terpijak kaki sendiri(penyokong UMNO BN) sebab Tengku Zafrul dan banyak sekali menteri UMNO ada dalam kerajaan ketika itu.

ii.Perolehan dan perbelanjaan kerajaan bagi perkhidmatan perubatan ketika negara berdepan wabak COVID-19. – yang ni ada dalam bajet 2021 dan PAC pun sebut benda sama suruh JAN buat audit khas. [9].

7. Akhir kata, secara peribadi, rasanya tak ada keperluan untuk push naratif 600bilion ni sebab dalam anda rasa anda tidak dapat ‘apa-apa’ kecuali takpayah bayar kereta, rumah dan pinjaman peribadi hampir setahun, beratus ribu keluarga, berjuta ketua keluarga sujud syukur dapat letak makanan atas meja, dapur berasap di era pandemik.

Dan belajarlah dari pasca PRU-14, bila ramai yang ungkit,kira itu ini mengenai kos kos projek MRT, ECRL, HSR dan projek awam yang lain, pada akhirnya kita kena bayar lebih untuk projek berkenaan dan dapat benda yang downgraded pun ada malah ada yang tak dapat satu skru luntapi masih kena bayar pun ada contohnya macam HSR.

Dah menang dah pun, dah ada PM idaman ramai, kita move on, bergerak ke depan.

Begitulah.

Oh btw Tweet telah di delete selepas tular di merata ceruk whatsapp, twitter dan facebook.

Sekian.

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian NH Online. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

PALING POPULAR

To Top