Umum

Kebanggaan Inovasi Malaysia K-Tech Patch Sasar 8 Juta Pengguna Global Menjelang 2026 Jaminan 40% Pengurangan Pelepasan Karbon

Qiang Long Sdn Bhd, pengeluar teknologi berinovasi daripada Malaysia, mula mencuri tumpuan dunia dengan pelancaran teknologi jimat minyak terbaru, K-Tech Patch. Teknologi ini sekaligus memperkukuh peranan Malaysia bagi menerajui kejuruteraan automotif serta impian untuk merealisasikan teknologi cekap tenaga. Selari dengan usaha agresif untuk pengkomersialan di peringkat global, pengusaha tempatan tersebut mempunyai pelan untuk menembusi pasaran udara tercemar di negara Bangladesh, India, China dan Asia Tenggara menjelang tahun 2025-2026. Qiang Long mejangkakan seramai 1 juta pengguna tempatan dan 5 juta pengguna global pada tahun 2025 seterusnya akan berkembang pesat pada tahun 2026 dengan jangkaan 2 juta pengguna tempatan dan 8 juta pengguna global. Sasaran ini adalah selari dengan permintaan pasaran dunia yang kian meningkat terhadap produk teknologi hijau yang dapat memberikan manfaat terus kepada pengguna dan alam sekitar, sekali gus bertepatan dengan misi memberi peluang kepada pemandu untuk memilih masa depan yang lestari.

“Qiang Long mengalu-alukan peluang untuk mengetengahkan K-tech Patch ke luar negara agar ianya dapat menjana penerokaan pasaran baru, kerjasama serantau, serta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,” ujar YBHG Encik Eric Chiwe, Presiden Qiang Long pada majlis pelancaran hari ini di Kuala Lumpur.

 

(Dari kiri – kanan): Kenny Ong, Direktor Pemasaran Global Qiang Long; Wei Yan Rong, Naib Presiden Qiang Long; YBHG Eric Chiwe, Presiden Qiang Long; Dr William Yeong, Pengasas K-Tech; Sara Yeong, Direktor Qiang Long; Dr Lawrance Poh, Ketua Pegawai Eksekutif Qiang Long

 

Menerajui Inovasi Teknologi Automotif Mampan

Tanggungjawab Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kekal menjadi penanda penting dalam landskap pasaran global, oleh itu Qiang Long bertindak menawarkan penyelesaian automotif yang mesra alam. Kebanggaan inovasi Malaysia, teknologi K-Tech Patch ini yang dihasilkan melalui penyelidikan lebih sedekad berjaya merumuskan teknologi cekap minyak yang menawarkan manfaat kepada alam sekitar dan penjimatan untuk pengguna. Berjaya mengurangkan kadar pelepasan karbonsehingga 40% dan mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 15%, teknologi ini mampu meningkatkan kecekapan enjin kenderaan, menurunkan kos, serta memberikan manfaat jangka panjang kepada alam sekitar. Hal ini bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), selain memberikan nilai ekonomi dan menjadikan jenama tempatan ini unggul dalam sektor teknologi automotif pada peringkat antarabangsa .

Menyokong Matlamat Pelepasan Karbon Sifar Bersih Negara

Teknologi K-Tech Patch menyahut saranan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. Kejayaan teknologi ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesan penggunaan kenderaan kepada alam sekitar malah dapat memberikan penjimatan kepada pengguna. Ketika harga minyak dunia kekal memuncak dan permintaan bagi teknologi hijau amat diperlukan, K-Tech Patch adalah penyelesaian berimpak tinggi dengan kos rendah bagi pengguna dan pasaran. Kelebihan yang terbukti dalam penjimatan minyak dan pengurangan kos hidup serta operasi harian, K-Tech Patch dijangka menjadi produk permintaan tinggi di pasaran dunia.

Jawapan kepada Kualiti Udara yang Membimbangkan

Inovasi K-Tech Patch hadir tepat saat rakyat Malaysia berhadapan dengan kualiti udara yang semakin membimbangkan dengan mencatatkan rekod kualiti udara ke-38 paling tercemar daripada 138 negara pada tahun 2023, menjunam 50 anak tangga daripada tahun 2019. Rekod ini yang dicatatkan berdasarkan analisa kualiti udara daripada pakar negara Switzerland, menggariskan sektor automotif sebagai faktor utama kepada kualiti udara negara yang rendah. Teknologi K-Tech Patch dapat memberikan penyelesaian dalam usaha membendung kesan pencemaran alam sekitar terutamanya di bandar seperti Klang, Selangor yang tersenarai sebagai bandar dengan kualiti udara paling tercemar, berdasarkan laporan kualiti udara antarabangsa tersebut. K-Tech Patch adalah jawapan yang dinantikan rakyat Malaysia dalam menangani masalah ini sekaligus menjadikan Qiang Long sebagai pemain utama dalam penawaran lojistik yang lebih cekap dan selamat. Kebimbangan tentang kualiti udara ini turut membuka peluang peluasan pengaplikasian berskala besar di pasaran utama dunia.

Teknologi Nano-Terahertz: Masa Depan Minyak Lebih Cekap

K-Tech Patch dihasilkan berasaskan teknologi terkemuka dunia yang dipatenkan di Malaysia, iaitu teknologi Nano-Terahertz. Teknologi ini yang menawarkan penggunaan minyak yang lebih cekap, meningkatkan prestasi enjin, mengurangkan pelepasan karbon, dengan manfaat jimat kos. Hal ini memberikan kelebihan kompetitif dalam sektor automotif tempatan yang berkembang pesat, di mana kelestarian dan kecekapan menjadi penanda aras bagi pengguna untuk membuat pilihan.

Pentauliahan Jaminan dan Kualiti bagi Pasaran Dunia

K-Tech Patch telah berjaya mendapatkan pensijilan kualiti daripada institut-institut berprestij dunia dalam bidang kejuruteraan dan automotif. Teknologi ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Jaminan Teknikal Eropah (TÃœV NORD), SIRIM serta Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pentauliahan ini memberi jaminan kualiti, keselamatan dan keberkesanan dalam sektor automotif.

Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Mulia Raja Zainuddin bin Yang Mulia Raja Sulong, Yang Mulia Raja Mohamad Najmi bin Raja Sulong Hizahar, Kerabat Istana Selangor; Dr. Lawrence Poh, Ketua Pegawai Eksekutif Qiang Long Sdn Bhd; rakan perniagaan terkemuka tempatan; serta tetamu kenamaan.

 

(Kiri-kanan) YBHG Eric Chiwe, Presiden Qiang Long; Dato Nasrin Bin Dabungï¼›Yang Mulia Raja Mohamad Najmi bin Raja Sulong Hizaharï¼›Dato Parameswaran menandatangani MoU hari ini, disaksikan oleh Kerabat Istana Selangor bersamaan dengan tetamu-tetamu terhormat yang lain

 

Harga dan Maklumat Produk untuk Peminat Tegar Automotif

Qiang Long secara rasminya akan melancarkan produk K-Tech Patch ini bermula Mac 2025, dengan rancangan untuk menembusi pasaran lain di peringkat global. Selain itu, menyedari perubahan tingkah laku pengguna pasca-pandemik, Qiang Long turut memperkenalkan skim kerjasama pertama seumpamanya dengan menjalin hubungan strategik bersama pempengaruh tempatan untuk meningkatkan jualan. Inisiatif ini dapat mengeratkan lagi hubungan pembeli dan penjual melalui platform e-dagang.

Bagi pengguna yang berminat mendapatkan khidmat teknologi ini sekarang, berikut adalah senarai harga berdasarkan spesifikasi produk:

Bagi memeriahkan lagi promosi kali ini, Qiang Long mengalu-alukan kerjasama pengedar, stokis automotif tempatan di samping pempengaruh sektor e-dagang di seluruh negara. Pendaftaran kini dibuka dan percuma bagi 500 orang pertama.

Maklumat lanjut pendaftaran boleh didapati melalui:

Laman Web Rasmi: https://qianglongtech.com/about-k-tech-1

Talian Khidmat (Whatsapp): +6016-26487709

 

 

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top