Umum

Kedai Elews Mart mula ditutup secara peringkat mulai 15 Januari

Gambar Facebook

Kedai serbaneka milik Ebit Lew, Elews Mart, ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.

Perkara tersebut telah tular di media sosial dengan sebuah gambar sebuah notis yang dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn. Bhd. bertarikh 15 Januari 2024.

Difahamkan notis tersebut ditujukan kepada pembekal syarikat berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn Bhd akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

“Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” katanya.

Notis itu turut menyatakan segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024.

“Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, urusan penutupan dilakukan seperti yang sedia maklum,” jelasnya.

 

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top