Umum

Kehadiran penyokong tanda sokongan kuat – Azmin Ali

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan kehadiran ramai penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebagai tanda sokongan kuat.

Menurutnya, pihaknya yakin Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersalah.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sokongan cukup kuat, kita yakin Tan Sri (Muhyiddin) tidak bersalah dan tidak wajar dipertuduhkan atas apa juga pertuduhan.

“Bagaimanapun sebagai pendukung parti yang sentiasa menegaskan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan integriti dan tolak rasuah serta kleptokrat akan terus bersama beliau (Muhyiddin),” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Tambah Mohamed Azmin, pihaknya juga melihat ada usaha untuk melumpuhkan kebangkitan rakyat.

Sebelum itu, Muhyiddin mengesahkan beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan di SPRM pada pukul 11 pagi pada Khamis.

Difahamkan ia berkaitan siasatan SPRM ke atas dana parti terbabit.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top