Umum

Kejadian kamera di homestay yang tular di media sosial disiasat polis

Polis menyiasat sebuah kejadian yang tular di media sosial berkaitan kejadian “spy camera” kamera tersembunyi di sebuah homestay.

Laporan telah dibuat oleh pasangan warga China yang terjumpa kamera kecil tersembunyi dalam soket elektrik di sebuah bilik homestay tempoh hari.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, berkata pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut berdasarkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, setelah menerima laporan polis daripada pasangan tersebut.

Orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut boleh menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu Khairul Shah Peri menerusi nombor telefon 011-26691994.

PALING POPULAR

To Top