Kenyataan yang dilemparkan oleh Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Top 5 UMNO, Sabtu lalu memberi bayangan seolah-olah mereka sanggup mengorbankan rakyat demi kepentingan sendiri kata Yaakob Osman, Ketua Bahagian Bersatu Nibong Tebal.
Ujar beliau, “Sesungguhnya orang-orang UMNO ini langsung tidak peduli akan kebimbangan rakyat, malah dengan lantang mereka melaungkan sanggup meredah banjir jika PRU diadakan”.
Disini, Zahid Hamidi hanya ingin menunjukkan pada pengundi bahawa beliau bersedia dan sanggup berkorban namun disebalik rancangan itu ada agenda tersembunyi yang (UMNO) mahu lakukan.
Antaranya, agenda pertama adalah mengerah jentera kerajaan yang ada untuk misi bantuan banjir atas kepentingan sendiri, dan menggunakan jentera kerajaan bagi mengangkut pengundi yang terjejas untuk ke pusat mengundi.
Kedua pula, mereka risau akan kepulangan pengundi luar yang akan membawa satu penanda aras baru dalam pemilihan kerajaan yang cekap dan telus.
Jadi bila terjadinya banjir, mereka dapat menghitung jumlah orang yang akan keluar mengundi terutama sekali di Kelantan dan Terengganu.
Tambahan beliau, “begitulah UMNO/BN hari ini sanggup lakukan apa saja untuk menang kerana mereka sudah tiada kekuatan dan keyakinan walaupun gah diatas pentas.