Umum

Cadangan Muhyiddin Yassin bagi moratorium PKS dipertimbangkan mengikut kes.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian moratorium kepada PKS memandangkan sektor yang menyumbang RM518.1 bilion atau 37.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas itu masih belum pulih sepenuhnya.

Cadangan beliau itu telah disambut baik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan sedang dipertimbangkan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata lanjutan moratorium itu akan diberikan mengikut kes-kes tertentu dengan mengambil kira keperluan usahawan PMKS terbabit.

Bahkan, kes-kes mahkamah dan kebankrapan terhadap usahawan PMKS juga akan ditangguhkan sehingga hujung tahun ini untuk memberi ruang kepada mereka memulihkan perniagaan terlebih dahulu.

“Kita faham bahawa mungkin di luar sana masih ada yang memerlukan moratorium. Mereka boleh membuat rayuan kepada kami,” katanya.

Sebelum ini Muhyiddin, menjelaskan sektor PMKS kini menanggung beban hutang tinggi dan ianya diburukkan lagi dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara.

Sambil menyatakan peranan IKS melibatkan hampir 96 peratus daripada aktiviti ekonomi negara, beliau berharap Kabinet dapat memberi perhatian serius mengenai perkara itu.

“Ada industri yang belum pulih lagi tapi bila hendak buat pinjaman bank tidak boleh kerana masih ada bayaran yang tidak dijelaskan lagir tambahan kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi.

Diharap cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini mampu menolong PKS di luar sana.

PALING POPULAR

To Top