Umum

Kerajaan disyor benarkan penggunaan vaksin campuran untuk dos penggalak – Khairy

Kerajaan disyorkan untuk membenarkan penggunaan kaedah campuran vaksin atau heterologi bagi pemberian suntikan penggalak COVID-19 yang dijadual bermula bulan ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata perbincangan berhubung perkara itu telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), minggu lalu.

“Jawatankuasa kecil teknikal yang dipengerusikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Kalaiarasu M Peariasamy telah mengesyorkan kepada JKJAV untuk dos penggalak yang kita akan mulakan pada Oktober ini, kita membenarkan vaksin heterologi atau campuran.

“Bukan vaksin yang sama seperti dos pertama dan kedua (yang digunakan sebelum ini). Kajian mengenai keselamatan ini telah dilaksanakan dan disyorkan untuk kita teruskan,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

 

PALING POPULAR

To Top