Umum

Kerajaan PN membawa Malaysia di landasan yang tepat

Bersempena Hari Malaysia yang ke-58 hari ini, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa syukur atas kesejahteraan Malaysia yang selama ini terbina dan bersatu padu, pada laman Facebooknya.

Video berdurasi 9:28 minit itu, beliau meyakinkan pada seluruh rakyat Malaysia bahawa Malaysia mampu keluar dari kesan pandemik Covid-19.

Tambahan beliau, “Setiap rakyat dapat merasa nikmat dan manfaat wawasan kemakmuran bersama 2030.”

“Tahun ini adalah tahun pemulihan Malaysia. Hari Malaysia yang kita sambut hari ini adalah hari istimewa kerana kita pasang azam dan iltizam untuk keluar dari pandemik dan kita tinggalkan ketakutan, kita bangkit daripada kepedihan setahun lampau,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin turut menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang yang tersayang kerana menjadi korban Covid-19.

“Episode duka akan berlaku dan kita semua kena teruskan kehidupan” – katanya

Beliau juga menegaskan bahwa Malaysia berada di landasan yang betul. Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal tahun lalu telah menunjukan tanda-tanda pemulihan walaupun agak samar, namun sekarang makin jelas perubahannya.

“Paling ketara, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Kadar vaksinasi negara antara terpantas di dunia. Terkini lebih 73.4 peratus populasi dewasa Malaysia atau lebih 17 juta individu sudah lengkap divaksin manakala 91.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Ini bermakna kita sudah semakin hampir untuk mencapai imuniti kelompok,” ujar beliau.

Beliau selaku Pengerusi MPN, yakin aktiviti sosial negara akan bertambah rancak, komprehensif, teratur dan lestari. Selari dengan pencapaian program imunisasi.

Selain itu juga, telah banyak kelonggaran diberikan dan tambah Muhyiddin lagi, terbaharu, Gelombang Perjalanan diperkenalkan untuk menggiatkan semula sektor pelancongan dengan Langkawi menjadi destinasi pertama.

“Saya difahamkan tempahan hotel sudah penuh dan ini adalah langkah yang terbaik bagi sektor pelancongan negara kita,”

Dalam pengakhiran ucapannya, beliau mengingatkan kepada rakyat dengan pembukaan banyak sektor sosial dan ekonomi tidak bermakna perang melawan Covid-19 sudah tamat.

“Kita terus berwaspada kerana kemunculan varian baru lebih ganas dan terus ancam nyawa. Jangan kita bersikap sambil lewa walaupun pandemik di istihar sebagai endamik.

“Terus lindungi diri, orang tersayang dan negara,” katanya.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top