Buletin

MoU bersejarah Kerajaan dan Pakatan Harapan

Pemimpin Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam mencipta sejarah dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU itu akan membentuk kerjasama dua pihak yang kuat berdasarkan semangat “Keluarga Malaysia”.

Ini selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Menurut, Senator Khairil Nizam menyatakan “apa yang berlaku pada hari ini ialah hasil daripada legasi kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pasukan Kerajaan Perikatan Nasional lalu  yang melakukan “political innovation” ke atas lanskap politik negara kita.”

Tambahan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih serta tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri dalam meneruskan legasi ini, katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin. 

Mou ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi yang kuat untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia. Antara lain memperincikan enam transformasi utama Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Selain itu, MoU ini tidak hanya dapat mengetepikan semua perbezaan politik tetapi juga dapat memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

MoU itu ditandatangani di dewan perjamuan Parlimen, dengan Ismail Sabri mewakili kerajaan sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mewakili empat parti komponen PH.

Turut hadir dalam upacara menandatangani MoU itu ialah Presiden Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim, dan Speaker Datuk Azhar Azizan Harun.

Ahli Parlimen lain yang hadir ialah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

 

PALING POPULAR

To Top