Umum

Kesan kenaikan OPR kepada rakyat, yang akan menjejaskan pendapatan.

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan keputusan Bank Negara (BNM) apabila mereka menaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2%.

Ia bagaikan satu malapetaka bagi rakyat, kerana kenaikan ini akan memberi kesan secara langsung kepada orang ramai.

Kenaikan ini juga tidak produktif bagi gaji minimum yang diumumkan daripada RM1,200 kepada RM1,500.

Apakah itu OPR?

OPR adalah kadar faedah minimum yang dikenakan di kalangan bank untuk pinjaman antara bank dan ia ditetapkan oleh BNM.

OPR ini terjadi untuk menggubal dasar kewangan bagi mengawal bekalan wang negara dan mempengaruhi hala tuju ekonomi.

Sebelum ini, BNM telah menurunkan kadar itu ketika wabak Covid-19 mengoncang dunia kepada 1.75 peratus antara kadar terendah dalam sejarah sehingga menjejaskan ekonomi global.

Pengurangan itu membolehkan pinjaman yang lebih murah agar perniaga mampu membuat pembayaran untuk mengekalkan perniagaan mereka. Ia juga membantu mengurankan kadar pembayaran pinjaman mereka.

Namun, dengan ekonomi domestik yang kian stabil dan ketika rakyat baru ingin menarik nafas lega setelah terkurung dengan wabak Covid-19, BNM memutuskan untuk menaikkan kadar OPR ini.

Kesan kenaikkan OPR kepada rakyat?

Walaupun OPR ini mempengaruhi kadar faedah jangka pendek, namun ia memberi kesan terhadap kadar deposit tetap, kadar tukaran asing, kadar faedah jangka panjang dan banyak lagi.

Ia akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada kesemua sektor termasuk perniagaan, pekerjaan serta harga barangan dan perkhidmatan.

Secara ringkasnya, apa yang dapat dilihat dari kenaikan OPR ini adalah:

Pembayaran pinjaman akan meningkat kerana bank mengalihkan kos pinjaman yang lebih tinggi kepada pengguna, menerusi kepada kenaikan kadar faedah. Berkemungkinan juga  dengan jumlah pembayaran masih sama tetapi tempoh pembayaran dilanjutkan.

Ini adalah antara contoh kenaikan dalam pembayaran pinjaman semula rumah anda:

Bagaimana untuk kira kenaikan harga?

Baki hutang semasa x 0.025% bahagi 100% bahagi 12 bulan.

Jadi dengan peningkatan ini, jangan hairanlah sekiranya ada mereka yang mempunyai 2 ataupun 3 biji rumah atas nama yang sama bakal dijual mahupun dilelong. Ia kerana tidak mampu menanggung negative cash flow.

Anda juga diharap tidak termakan dengan kata-kata pemaju, berkenaan cash back, discount dan apa sahaja kerana ia adalah indah daripada realiti sebenarnya.

Mengapa? Kerana kenaikan OPR ini memberi kesan langsung kepada pelabur hartanah.

Adakah ia akan menjejaskan dalam pembelian barangan mentah?

Secara logiknya ia tidak akan memberikan kesan kepada harga barang mentah seperti gula, daging, minyak masak dan sebagainya.

Namun kemungkinan ada kesan tidak langsung, apabila kadar pengangkutan dan kemudahan memberikan pengaruh terbesar terhadap barangan pengguna.

Peniaga akan mengalihkan kos peribadinya kepada pelanggan.

Diharapnya, dengan kenaikan OPR ini tidaklah menganggu barangan mentah yang sudah meningkat berlipat kali ganda ketika bulan puasa.

Kalau tidak terpaksalah rakyat marhaen berikat perut ataupun makan pasir pada pertengahan bulan. 

Perlu ke kita sebagai rakyat bimbang? Iya, kita perlu bimbang namun kita serahkan semuanya kepada pakar ekonomi.

PALING POPULAR

To Top