Umum

Mercedes dan Chanel mengumumkan peningkatan harga

Dalam keresahan B40 akibat inflasi yang melanda dunia,  sehingga segala harga barangan melonjak naik.

Kini, ia turut akan dirasai oleh golongan T20. Apabila ada beberapa barangan dan jenama yang digemari mengumumkan akan peningkatan harga.

Antaranya ialah peningkatan harga Mercedes-AMG A45S dan CLA45S 2022 sehingga RM 16,000.

Kedua-dua model ini telah pun dinaikkan harga bermula suku pertama tahun ini. A 45 S W177 kini ditawarkan pada harga RM454,406, iaitu meningkat sebanyak RM16,732 berbanding sebelumnya RM437,673.


Manakala CLA 45 S C118 pula naik sebanyak RM14,316, membuatkan coupe empat-pintu ini kini berharga RM467,691 berbanding harga terdahulu RM453,374.

Hasil semakan menerusi laman web Mercedes-Benz Malaysia mendedahkan tiada perubahan besar dilakukan daripada segi spesifikasi kedua-dua model.

Bukan itu sahaja, bagi pencinta jenama Chanel pula anda kena bersiap siaga akan kenaikan harga untuk beberapa koleksi beg tangan klasiknya.

Perkara ini, telah disahkan oleh Hypebeast bahawa Chanel telah menaikkan harganya sekitar 60%.

Antara beg yang akan terjejas termasuk Chanel Coco Handle, Chanel Business Affinity, dan Chanel Boy Bag with Handle.

Kenaikan ini dianggarkan sehingga $8,200 USD di pasaran USA. Beg tangan yang lebih besar pula melonjak kepada $9,500 USD.

Ini adalah kenaikan harga keempat jenama itu dalam tempoh dua tahun.

Chanel ini bagaikan menempah nama, yang sedang berusaha untuk menjadi sebahagian daripada dunia Hermès dan tidak mahu lagi sebaris dengan Louis Vuitton dan Gucci.

Jadi, tepuk dada tanyalah selera.

Sumber: paultan.org / diva.my

PALING POPULAR

To Top