Umum

Kit Siang mahu UMNO kekal kuat bagi menentang PN pada PRN akan datang

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, veteran DAP Lim Kit Siang berkata beliau ingin yang terbaik untuk UMNO dan memastikan kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal berjaya untuk terus memerintah.

“Saya mahu kerajaan perpaduan Anwar berjaya bermakna saya mahu Umno lebih kuat daripada PAS dan Bersatu.

“Saya percaya satu-satunya cara untuk memulihkan Umno seperti waktu zaman kegemilangannya dahulu adalah dengan parti itu kembali kepada prinsip dan dasar pembinaan negara asalnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara,” kata Lim.

Beliau berkata ini termasuk mengukuhkan kebebasan kehakiman dan mengutamakan usaha memerangi rasuah. Lim menegaskan bahawa tiga perdana menteri Malaysia yang pertama adalah semua presiden Umno yang menerajui parti dan negara berdasarkan dasar dan prinsip masyarakat majmuk.

“Presiden Umno sekarang, Zahid Hamidi menyalahkan Dr Mahathir Mohamad atas kebencian parti dan beberapa ahli Umno terhadap DAP.

Lim mengaitkan perbalahan di antara Zahid dan Mahathir bagi menutup kesalahan dan gambaran palsu terhadap DAP.

Tambahan beliau, Zahid juga ada memberitahu bahawa ramai yang menerima Mahathir dan melibatkan beliau dalam kerajaan. Malah PAS dan Bersatu telah menerima mereka pada masa lalu.

Veteran DAP itu kemudian membidas Mahathir berhubung kenyataan yang dibuat oleh Mahathir baru-baru ini.

Lim menuduh Mahathir kembali kepada ideologi “Mahathirisme”, yang menurutnya bercanggah dengan semangat perpaduan yang didakwanya disokong semasa memegang jawatan kedua sebagai perdana menteri dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Namun, menurut bekas Ahli Parlimen Iskandar Putri berkata sekiranya bekas perdana menteri Najib Abdul Razak menerima pengampunan dan dikeluarkan dari penjara ia akan menjejaskan sokongan pengundi UMNO.

PALING POPULAR

To Top