Sebut je Naelofar Hijab, mesti ramai dah tahu siapa pemilik jenama tudung tersebut. Siapa lagi kalau bukan usahawan berjaya Noor Neelofa.
Baru-baru ini NH Prima International Sdn Bhd memperkenalkan koleksi baru yang bakal menjadi fenomena iaitu Naelofar Scarf – MAYA.
Tudung satin keluaran eksklusif oleh Naelofar Hijab mengabungkan elemen moden namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan seperti koleksi Naelofar Hijab yang lain.
Istimewanya koleksi Naelofar Scarf – MAYA ini menampilkan kelainan dengan mainan corak bermotifkan flora tropika bersama rekaan seni kontemporari berbeza dengan jenama lain. Pemilihan warna yang terang serta kilauan lembut dari fabrik satin membuatkan si pemakai sesuai mengayakan untuk fesyen kasual atau formal.
Koleksi Naelofar Scarf – MAYA terdiri dari 4 variasi warna pilihan. Naelofar Scarf MAYA dijual pada harga RM75 dan Naelofar Scarf MAYA Swarovski (Edisi Terhad) pula hanya RM95 sahaja. Jom tengok. Mana satu pilihan hati??