Buletin

Dulu Ditinggalkan Kerana Gemuk, Sekarang Makin Cantik

Rasanya ramai yang berpendapat cinta sekarang hanya memandang paras rupa. Rasanya tak semua hubungan cinta seperti itu kerana masih ada lagi insan yang ikhlas mencintai.

Menyingkap cerita cinta yang pernah viral sekitar Julai 2016, seorang gadis bernama Farziara Lee menceritakan pengalamannya ditinggalkan kekasih kerana terlalu gemuk. Sekarang ni makin cantik dah.

Farziara menceritakan pengalaman pahitnya menerusi perkongsian di laman Facebook.

Aku ditinggalkan, siap bawa perempuan lain jumpa mak dia

“Dia yang menerima aku di saat aku ditinggalkan tanpa sedikit pun belas kasihan. Aku dikhianati oleh seorang lelaki bernama Mamat *bukan nama sebenar* hahaha…

Mamat meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus. Aku cuma sedar apabila dia bawa seorang perempuan lain jumpa mak dia. Start dari hari tu aku sms dan call direjectnya.

Di saat berat mencecah 90kg, ada lagi insan yang menyayangi

Aku hampir separuh gila diperlakukan sedemikian. Di saat aku gemuk, berat mencecah 90 kilogram, seorang lagi insan bernama Rafi *kali ni nama sebenar* menerima aku, menyayangi aku dan memberi sepenuh perhatian kepada aku.

Dia sangat-sangat menghargai aku. Tak penah sekali pun dia merungut mahupun menyuruh aku cuba diet, kuruskan badan dan sewaktu dengannya. Aku rasa bahagia di samping dia walaupun kadang-kadang pendapat kami selalu tak sehaluan dan selalu gaduh-gaduh manja gituh! Hahaha.

Aku ditinggalkan dulu hanya kerana pada waktu tu aku GEMUK

Aku cuma nak cakap terima kasih Muhamad Rafi Mohd Akram, sebab berada di samping aku di saat seorang lagi kaum sejenis hang meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus semata-mata hanya kerana pada waktu tu aku GEMUK *terlalu gemuk rasanya*.

Maklumlah dia kenal aku pun masa kurus tapi sampai GEMUK aku ditinggalkan. Dari berat aku 90 kilogram sampai sekarang 58 kilogram, dari t-shirt size XXL sampai S, dari baju kurung size 46 sampai 36, dari seluar size 38 sampai 30 yang berada di samping aku cuma Mohd Rafi.

Bila aku dah kurus, sibuk nak try aku balik..

Mamat pernah “try” aku balik bila dia tengok aku kurus. Ya aku pernah layan Mamat. Untuk apa? Untuk buat Mamat rasa apa yang aku rasa. Dan aku berjaya buat dia betul-betul sakit hati. Padan muka Mamat!

To my dear Mat Rafi, I love you so much. Aku jadi macam sekarang di atas kehendak aku sendiri dan hanya disokong oleh Mat Rafi, itu pun yang pada mulanya jadi penghalang nombor 1,” tulis Farziara.

Sumber: Astro Gempak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top