Umum

KPM tambah warden untuk atasi kes buli

GAMBAR FB YB FADHLINA SIDEK

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menambah sekurang-kurangnya tiga orang warden di sebuah asrama bermula 1 Ogos 2022 sebagai langkah membanteras kes buli yang sejak kebelakangan ini makin meningkat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, “KPM mengadakan kempen peningkatan kemahiran kepada warden dan ketua warden dari semasa ke semasa bersesuaian dengan tugas warden seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah (MySG).

“Antara usaha untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, dan kesejagatan kepimpinan, Kementerian juga melaksanakan sistem rumah di asrama. Program sahsiah unggul murid di sekolah menengah juga turut dilaksanakan.

“Semua program yang kami jalankan dilaksanakan di bawah Garis Panduan Intervensi Buli, di semua institusi KPM,” katanya lagi.

PALING POPULAR

To Top