Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan pemakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang bakal bermula Mac ini.
“Kementerian akan memaklumkan surat pekeliling mengenainya,” kata Menterinya Fadhlina Sidek pada Amanat Tahun Baharu 2024 pada Jumaat.”
Menurutnya, ketetapan itu diputuskan selepas sesi libat urus bersama industri pendidikan dan komuniti dilakukan KPM.
Kelonggaran pemakaian baju sukan dibuat KPM pada 3 Mei tahun lalu susulan gelombang cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid dan guru.
Fadhlina turut menjelaskan sekolah akan diberikan kuasa autonomi untuk menentukan hari pemakaian seragam, baju sukan dan kokurikulum.