Kecantikan

Kris Dayanti Kongsi Rahsia Wajah Kekal Muda

Kalau sebut je nama Kris Dayanti, mesti akan teringat suaranya yang sememangnya sangat merdu. Bukan itu je, wajahnya juga bagaikan patung ‘Barbie’.

Apa rahsia Kris dari dulu hingga sekarang untuk pastikan wajah awet muda dan kekal jelita.

1. Pastikan kulit sentiasa bersih

“Jaga kulit agar sentiasa bersih dan lembut. Rahsia dandanan prima saya terletak pada kulit yang sihat dan kenyal. Sekarang banyak pakar kulit menyediakan perawatan wajah, mulai daripada pengelupasan sampai memecah lemak.”

2. Tak guna beli gincu jenama mahal tapi bibir merekah

“Saya sentiasa sapu pelembap bibir sebelum tidur atau bila bibira terasa kering. Sia-sia sahaja bergincu dengan jenama mahal namun bibir merekah ataupun mengelupas.”

3. Tak semestinya produk tempatan tak bagus

Satu perkara yang menarik adalah sikap Kris Dayanti yang menyokong produk tempatan. Katanya, “Jangan memperlekehkan produk kosmetik dalam negeri, kerana kandungannya juga bagus untuk iklim tropika (Indonesia). Saya sangat percaya pada produk kosmetik dalam negeri.”

4. Pelembap wajah sangat penting

“Pelembap itu suatu keperluan. Saya sering memilih pelembap yang mengandungi unsur lindungan tabir suria UV. Kulit yang kenyal dan lembap dengan mudah menerima sapuan bedak dan kosmetik di atasnya.”

Sumber: Intrend

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top