dunia

Krisis Rusia-Ukraine: 8 maut pusat beli belah dibedil

SEKURANG-KURANGNYA lapan orang terkorban selepas sebuah pusat beli belah di Kiev, Ukraine, dibedil serangan bom Rusia.

“Sekurang-kurangnya lapan maut di tempat kejadian dan ramai lagi masih hilang,” menurut pasukan penyelamat seperti dilaporkan Reuters.

Agensi berita tempatan melaporkan kebakaran turut berlaku di tempat letak kereta, serta tingkat tiga dan empat pusat beli belah itu yang terletak di daerah Podilskyi.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 902 orang awam telah terbunuh dan sekitar 1,459 cedera sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari.

Angka sebenar dipercayai lebih tinggi.

PBB melaporkan lebih 3.38 juta rakyatnya telah meninggalkan Ukraine sejak krisis bermula, manakala kira-kira 6.5 juta hilang tempat tinggal.

PALING POPULAR

To Top