Umum

Labasia kembali ke KLCC untuk edisi ke 8

LabAsia 2023, pameran peralatan makmal dan peralatan saintifik kembali dengan pameran terkininya di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula 10 hingga 12 Oktober 2023.

Pameran dan Persidangan Instrumen Saintifik dan Peralatan Makmal Antarabangsa Malaysia edisi ke-8 itu dianjurkan Informa Markets Malaysia dengan kerjasama Institut Kimia Malaysia (IKM).

Majlis dilancarkan oleh Presiden Institut Kimia Malaysia (IKM) Datuk Dr Soon Ting Kueh bersama Ketua pengarahnJabatan kima Malaysia Halimah Abdul Rahim.

Pengurus Besar Informa Markets Malaysia Gerard Leeuwenburgh menyatakan LabAsia adalah komitmen kami untuk memacu perkembangan dan inovasi dalam komunit saintifik.

Katanya lagi “ia menjadi pusat untuk meluaskan jaringan, kerjasama, pameran trend terkini dan menyediakan peluang pendidikan.”

“Elemen ini adalah penting untuk memajukan instrumen saintifik dan industri makmal, memperkaya kedua-dua profesional industri dan komuniti saintifik global,” katanya.

Bersempena dengan LabAsia 2023, IKM turut menganjurkan Persidangan Asia Sains Analitik ke 16 (ASIANALYSIS XVI), acara yang akan mengumpulkan pemimpin pemikiran utama, penyelidik dan pelopor industri untuk perbincangan secara intelektual mengenai kemajuan serta penemuan terkini dalam instrumentasi saintifik dan teknologi makmal.

Ia akan membabitkan sesi dialog bersama ahli kimia dan penyelidik analisis global dari lebih 20 negara.

Pengunjung LabAsia 2023 juga boleh mengunjung 19th Asia-Pacific International Symposium on Microscale Separations and Analysis (APCE), di mana pengunjung boleh mengumpul cerapan berharga daripada pakar dalam kromatografi, spektrometri jisim, elektroforesis, cip mikrofluidik, biosensor dan sampel prarawatan.

Bengkel, pembentangan dan sesi di Simposium Sains Forensik (SFS) 2023 juga dianjurkan bagi meningkatkan pemahaman dan komunikasi dalam bidang berkaitan.

Sehubungan itu, maklumat berkaitan proses dan standard persijilan halal boleh didalami di Symposium on Halal Testing and Authenticity.

LabAsia 2023 dijangka disertai 7,000 profesional saintifik dan analitik yang menghubungkan mereka dengan lebih 450 syarikat serta jenama yang mengambil bahagian yang mempamerkan trend dan inovasi industri.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top