Buletin

Lagu Viral ‘I Am Me’ Didengar Di 177 Negara

Baru seminggu dimuat naik di YouTube, klip video I Am Me nyanyian jutawan kosmetik Datuk Seri Vida ditonton lebih 2.9 juta penonton di seluruh negara.

Lagu viral tersebut turut didengar di 177 negara, paling tinggi di Amerika Syarikat, Palestin, Brunei, Indonesia, Singapura, Mesir, Jordan, Arab Saudi dan Iraq, lapor Harian Metro.

“Saya sebenarnya terkejut dengan penerimaan lagu ini yang kini menjadi viral,” kata Vida.

“Saya memang serius mahu menjadi seorang penghibur dan sambutan diterima ini menguatkan lagi semangat saya untuk terus mewarnai dunia hiburan tanah air.”

Mengulas tentang komen dan kritikan negatif, Datuk Vida tidak peduli dan ia tidak menjadi penghalang untuk dirinya meneruskan minat dalam bidang nyanyian.

“Saya percaya yang mengutuk itu sebenarnya sukakan lagu ini. Entah-entah dalam diam sana-sama menyanyi lagu I Am Me,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top