Umum

Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan – PM

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah.

“Langgar SOP bukanya jenayah.. tidak ada sangkut paut dengan jenayah, dan Kementerian Kesihatan sudah keluarkan kompaun. Kalau siapa kena kompaun kena letak jawatan, saya ingat tiada siapa yang boleh bekerja sebab semua kena letak jawatan,” katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

Semalam Hishammuddin Tun Hussein mengakui kekhilafannya kerana melanggar SOP ketika hadir dalam Majlis Pelancaran Briged MIC Johor pada Ahad.

Jelas Hishammuddin dalam ciapan di Twitter rasminya, beliau hadir sebagai tetamu dalam majlis itu dan mengakui memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP dalam majlis terbabit.

PALING POPULAR

To Top