Umum

Legacy Rider meyasarkan 60 ribu pengunjung

Gambar Facebook

Program Legacy Rider 2.0 yang akan dianjurkan di KL Base, Sungai Besi (Lapangan Terbang sungai Besi) menyasarkan kehadiran seramai 60,000 peminat sukan pemotoran.

Program yang dijadualkan berlangsung selama 2 hari sehingga hari Sabtu itu bermula jam 8 pagi sehingga jam 6 petang.

Menurut laporan media, Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, pengunjung yang hadir akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.

Selain itu, pengunjung bertuah pula berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik seperti sebuah kereta Honda dan tiga buah motosikal.

Dalam suatu kenyataan, Muhammad Musaddiq berkata “pogram ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.”

Menurutnya, penganjuran kali kedua itu juga adalah rentetan daripada kejayaan tahun lalu yang berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Beberapa selebriti popular tanahair termasuk Achey Bocey, Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad, Tajul serta ikon-ikon media sosial dijangka turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Program ini dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak antaranya, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top