Umum

Diperdaya pelaburan kripto, pengarah syarikat rugi RM7.1 juta

Gambar Hiasan

Seorang pengarah sebuah syarikat menanggung kerugian RM7.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto sejak Julai lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Yoosuf, berkata mangsa berusia 52 tahun itu telah diperdaya selepas menyertai kelas berkaitan pasaran stok secara dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ramli berkata mangsa telah dinasihatkan untuk menceburi pelaburan mata wang kripto menggunakan platform ‘Yoamex’ dan membuka akaun pada Julai lepas dengan jumlah keseluruhan pelaburan RM7.1 juta.

Dikatakan menerusi laman sesawang pelaburan itu, pengarah syarikat itu dapat melihat akaunnya yang telah menjana keuntungan hingga USD13.7 juta.

Bagaimanapun mangsa memaklumkan dia tidak dapat membuat pengeluaran pelaburan itu kerana didakwa terdapat siasatan sedang dijalankan di bawah pengubahan wang haram,” katanya.

Menurutnya, mangsa juga diminta membuat bayaran tambahan sebanyak 5% daripada jumlah keuntungan pelaburan iaitu USD683 juta.

 

PALING POPULAR

To Top