Umum

Lelaki 31 tahun didenda RM2,000 tunjuk kemaluan di MRT

Gambar Hiasan / MRTCorp

Seorang lelaki berusia 31 tahun dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di MRT.

Tertuduh Ngu Chee Liang, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Wong Chai Sia, yang turut merintahkan tertuduh dipenjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Chee Liang dituduh mahu mengaibkan kehormatan dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 22 tahun, di MRT Stesen Kepong Baru ke Stesen Metro Prima, Kepong di sini, pada jam 6.46 petang, 5 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Vivien Yeap Jie Xi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana mengundang ketakutan kepada mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sukdesh Francis Xavier merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung ibu.

PALING POPULAR

To Top