Umum

Lelaki cedera parah ditembak senapang

Gambar Hiasan

Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak dengan sepucuk senapang oleh individu tidak dikenali di Bakong, Miri pada hari Sabtu.

Menurut laporan di media, dalam kejadian sekitar tengah hari itu, suspek dikatakan melepaskan dua das tembakan yang menyebabkan mangsa cedera di kaki kiri.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang identitinya masih dirahsiakan itu, telah dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Dikatakan ketika kejadian berlaku, mangsa sedang dalam perjalanan membawa sejumlah wang untuk membayar hasil jualan sawit penduduk setempat.

Difahamkan, satu laporan polis telah diterima dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 

PALING POPULAR

To Top