Umum

Lelaki maut terlanggar tiang ruang soalt masjid

Gambar Facebook

Seorang lelaki maut melanggar tiang pekarangan ruang solat Masjid Guar Lobak, Padang Serai, pada hari Jumaat selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu.

Menurut Ketua Polis Kulim Mohd Azizul Mohd Khairi, mangsa meninggal dunia kerana cedera parah di kepala akibat rempuhan itu.

Dipercayai dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun dalam perjalanan dari Sidam Kiri ke Guar Lobak.

“Sejurus tiba di lokasi kemalangan, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki kawasan Masjid Guar Lobak dan melanggar tiang pekarangan masjid,” katanya menurut Berita Harian.

Azizul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, bilal masjid berkenaan, Shukri Mohamad, berkata kejadian berlaku selepas sebuah van kilang yang berhenti di hadapan masjid beredar, dan secara mengejut motosikal itu meluru masuk laju lalu melanggar tiang dalam kawasan masjid.

PALING POPULAR

To Top