Umum

Lelaki mengamuk ditinggal isteri

Seorang lelaki ditahan disyaki mengamuk sehingga menyebabkan ketakutan kepada penduduk di sebuah flat di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, bertindak atas aduan orang awam, sepasukan anggota polis telah menahan lelaki berusia 42 tahun itu pada jam 8 malam.

“Setibanya di lokasi, suspek dalam keadaan agresif, namun kita berjaya menahan dia untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami suspek setelah dia ditinggalkan isteri.

“Suspek juga mengalami tekanan apabila perniagaannya mengalami kerugian,” jelas beliau bahawa sebelum ini, suspek pernah ditahan di wad psikiatri selama dua minggu.

“Suspek kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana masalah mental yang dihadapinya,” katanya.

Abd Khalid turut menasihati orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan di balai polis yang berdekatan pada kadar segera untuk tindakan lanjut.

*Berita asal di Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top